Minggu, 11 Mei 2014

10 SEBAB SHOLAT TIDAK DITERIMA

Sabda Rosululloh Shollalloohu ‘alaihi Wa sallam yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara sholat, maka sholat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara sholat maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Terdapat Hadis Rosululloh Shollalloohu ‘alaihi Wa sallam juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang sholatnya tidak diterima oleh Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala iaitu :

  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
  6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar