Mendirikan Sholat
Semua manusia yang sudah mencapai umur
baligh diwajibkan keatasnya sholat
fardu lima waktu sehari semalam. Sholat
fardu dengan rajin dan lakukannya sholat sunat bagi menampung kekurangan
yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
Menjaga Sholatnya
Seseorang yang wajib sholat dituntut juga khusyuk ketika
menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan sholat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan sholat
dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud sholat itu mesti di awal waktu dan tidak
berlengah- lengah.
Bersyukur dan Ridho
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang
buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan
adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha
dengan setiap pemberian Alloh.
Selalu Bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia.
Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin
saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar
orang yang rajin memberi sedekah itu Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala akan gantikan dangan ganjaran yang
berlipat kali ganda.
Menjaga Maruah Diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah
wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta
menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan
keji.
Takut Murka Alloh
Wanita shalihah sentiasa patuh kepadaajaran Alloh dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Alloh tidak dapat dilihat tetapi sentiasa
merasakan Alloh
itu maha melihat semua perbuatan hamba Nya.
Menjaga Amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang
telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu,
seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Alloh seperti di dalam surah Al-Fatihah, ‘’kepada Engkau kami menyembah dan kepada
Engkau kami memohon pertolongan’’.
Pandai Mengaji Al-Qur’an
Wanita solehah selain sholat, menjaga sholatnya dengan istiqamah, menjaga amanah
dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka/sering
menjadikan Qur’an
itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan
bacaan Qur’an
ibarat sebuah kubur.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar