Minggu, 11 Mei 2014

6 RAHASIA ALLOH



Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala selesai menciptakan Jibril ‘alaihissalam dengan bentuk yang cantik (indah), dan Alloh menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibril ‘alaihissalam memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari pada aku?.”

Lalu Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril ‘alaihissalam berdiri serta sholat dua rakaat kerana syukur kepada Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibril ‘alaihissalam sholat, maka Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan sholat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka  pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan sholat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibril 'alaihissalam berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Alloh berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibril 'alaihissalam meminta izin kepada Alloh untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail ‘alaihissalam mendapat izin dari Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala maka pergilah Jibril ‘alaihissalam dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril 'alaihissalam selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu  lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan sholat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :
  1. Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan ridha-Nya dalam taat.
  2. Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Qur’an.
  4. Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan Lailatul Qodar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan sholat yang paling utama di dalam sholat (yang lima waktu).
  6. Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkahan dari pada ilmu ini.  
Walloohu alam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar