Adapun tanda-tanda ini terbagi
kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari
mati.
Ini adalah tanda pertama dari
Alloh
Subhaanahu Wa Ta’ala
kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang
dikehendakinya. Walau bagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin
ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah
kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian ,
tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi
yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika
ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Alloh
Subhaanahu Wa Ta’ala Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya
akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar
di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana
kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan
turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika
ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali Kepada Alloh Subhaanahu Wa Ta’ala
yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Walloohu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar