Ciri-ciri isteri shalihah :
1. Mengakui
dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga
sesebuah rumah tangga. Tiada
siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah
daripada isteri. Satu kurniaan Alloh yang meletakkan suami bertanggungjawab
menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup
keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan
anak-anaknya.
Firman Alloh: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum
wanita, oleh kerana Alloh
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),
dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari pada harta mereka.” (An-Nisa: 34).
2. Memberi
keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama
kepadanya selain hak suami.
“Aisyah Rodhialloohu ‘Anha pernah bertanya kepada Rosululloh mengenai hak siapakah yang lebih utama
diberikan oleh seorang isteri. Rosululloh Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam menjawab: suaminya. Apabila ditanya mengenai hak
siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab: ibunya.” (Hadis riwayat Hakim).
3. Bersifat
amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah
suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga.
Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan
dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan
menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga
kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa
membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal
yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
4. Senantiasa
bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang
menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
“Rosululloh Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Alloh ‘azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berhemat cermat membelanjakannya”. (Riwayat Ibnu Majah).
“Rosululloh Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Alloh ‘azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berhemat cermat membelanjakannya”. (Riwayat Ibnu Majah).
5. Isteri
wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak
Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian
taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai
hal yang tidak wajar.
6. Berusaha
menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni
supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah
seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.
“Sabda Rosululloh Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam : Seorang wanita itu dinikahi kerana salah
satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan
agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu
akan beruntung kelak.”
(Riwayat Ahmad).
Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal
kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga
selaras dengan firman Allah:
“Bergaullah dengan
isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa
tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang
kamu tidak suka itu Alloh
menjadikan kebaikan yang banyak”.
(An-Nisa: 19).
Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami,
pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri.
Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup
sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya
dan menyelesaikannya.
Rosululloh Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam memberi panduan, “Janganlah seorang suami yang mukmin membenci
isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada
satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya.” (Hadis shahih).
7. Membantu
dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua
ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin
kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua
ibu bapanya.
8. Bersedia
menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak
menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
Sabda Rosululloh Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam; "Alloh memberi rahmat kepada seorang isteri yang
jika ia bangun malam dan sholat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang
bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan/di usapkan air ke muka suaminya
dengan penuh kasih sayang".
9. Berusaha
menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya
menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga
menjadi teladan kepada orang ramai.
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri
yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup
berkeluarga dan mendapat keridhaan Alloh yang diharapkan oleh setiap suami
seperti doa Nabi Daud ‘alaihissalam:
``Ya Alloh, aku mohon kepada-Mu
dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan
urusan duniaku dan urusan akhiratku.''
Aamiin…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar