Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai
jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli
kimia, telah jelas dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang
rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang
diistilahkan sebagai candu.
Dalam syara' pula, setiap yang memabukkan
apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau
istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan atau
mengandung elemen yang bisa memabukkan.
Dalam mengklasifikasikan hukum candu
atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara
(al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai
benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau
ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada
hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap
yang memabukkan itu adalah haram" H/R
Muslim.
Hadith ini dengan
jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah dihukum haram.
Kalimah kullu di dalam hadith ini berarti "setiap"
yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang
memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di
bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah
haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan
Abu Daud.
Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam menggunakan kalimah kullu iaitu "Setiap apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.
Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam menggunakan kalimah kullu iaitu "Setiap apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.
Mungkin ada yang
menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa
rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan.
Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun
kandungan candu dalam rokok hanya sedikit.
Begitu juga dengan alasan yang lain,
"menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti itu boleh diselesaikan dengan
berpandukan kepada hadits di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya
memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.
Kalaulah meneguk
segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun
setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu
juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram.
Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh
sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan
haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh
seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang
terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu
yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana
dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa.
Di dalam sepotong
hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengkategorikan setiap yang
memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang
benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam tentulah meyakini bahwa tidak seorangpun
yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda
kecuali Alloh dan RosulNya.
Tidak seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah
ditetapkan oleh Alloh melalui Nabi dan RosulNya
kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif,
syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang
memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap
yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah
haram". H/R Muslim.
Dalam perkara ini ada
yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa
rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis
lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok.
Memanglah rokok dan arak tidak
sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan (merusak) yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak)
tidak berbeda di segi syara' kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang
memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya.
Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan,
yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada
dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada
kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram
sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.
Di hadits yang lain,
Nabi Muhammad Shollalloohu
‘Alaihi Wa Sallam mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan
menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya
untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di
kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak
kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.
Contoh lain ialah NARKOBA, WALAUPUN TIDAK MEMABUKKAN TETAPI TETAP HARAM
MENGKONSUMSINYA. Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama,
tentunya tanpa banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Qur’an
dan al-hadith yang nyata dan jelas di atas.
Orang-orang yang beriman
akan berkata dengan suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan
serta akan sentiasa melaksanakan firman Alloh yang terkandung di
dalam al-Qur’an : "Kami akan sentiasa dengar dan akan
sentiasa taat".
Tidaklah mereka mahu
mencontohi sikap dan perbuatan Yahudi yang
dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Alloh
kepada mereka maka mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami membantah".
Sebagai contoh iman
seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan seorang
sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah
tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak.
Hanya
iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala
perintah dan larangan Alloh yang menjanjikan
keselamatannya di dunia dan di akhirat.
Kalaulah Nabi Muhammad
Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam telah menjelaskan
melalui hadith-hadith baginda di atas bahawa setiap yang boleh memabukkan
apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau
terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan
arak.
Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu
yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah
kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan
atau sebagainya.
Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat
ingin suka-suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih
melayani kehendak nafsunya.
Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli
penyakit dan menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia
telah melakukan kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan
pembaziran yang amat ditegah oleh syara (haram).
Dadah/Narkoba (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak
oleh Nabi Muhammad Shollalloohu
‘Alaihi Wa Sallam disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan
ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah).
Melalui
kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita
kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya
dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.
Kesimpulannya, rokok
atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin adalah haram
pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang boleh
membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah
ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang penggunanya
sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut
mengakibatkan kematian.
Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang
terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh
seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi dengan baik
dan membuka kepada serangan kuman dan barah.
Apabila pengambilan
rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana nyata ia
digolongkan sejenis dengan arak oleh Nabi Muhammad Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam maka di dalam hadith dan al-Qur’an
pula terdapat amaran/peringatan keras dari Alloh dan RosulNya: "Dari Abu Musa
berkata : Bersabda Rosululloh
Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam : Tiga orang tidak
masuk syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus
silaturrahmi". H/R Ahmad dan ibn
Hibban.
"Mereka bertanya
kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu
dosa yang besar". Al Baqoroh:219.
"Hai orang-orang
yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung
itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu
meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al Maidah:90.
Hadits di atas Nabi
Muhammad Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengkhabarkan
bahawa penagih arak tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Alloh
mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai
perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan
"rijs" ini tidak digunakan dalam al-Qur’an
kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek.
Perbuatan yang buruk,
kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan syaitan
yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran Alloh
selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi
itu dan menghalangi kamu dari mengingati Alloh dan sembahyang.
Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.
Justru itu Alloh
menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang tajam :
"Apakah kamu tidak mahu berhenti?"
Seseorang mukmin yang
ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar Rodhialloohu ‘Anhu ketika mendengar ayat tersebut telah
berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan
kami".
Utsman bin 'Affan Rodhialloohu ‘Anhu juga telah berwasiat tentang benda-benda
yang memabukkan yang telah diistilahkan sebagai khamar "arak". Sebagaimana
wasiat beliau: "Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan),
sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97.
Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan dan mengantuk.
Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan dan mengantuk.
Sebenarnya rokok tidak pernah
dibuktikan sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi obat kerana setiap
benda haram terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak
akan menjadi obat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadits Nabi Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam: "Telah berkata Ibn Mas'ud tentang
benda yang memabukkan : “Sesungguhnya Alloh
tidak akan menjadikan obat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada
kamu". H/R al-Bukhari.
"Telah berkata
Waail bin Hujr : Bahwa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi Shollalloohu ‘Alaihi Wa Sallam tenang pembuatan arak, maka Nabi
menegahnya. Maka baginda bersabda : [Penulis membuatnya untuk (tujuan)
perobatan]. Maka Nabi bersabda: “Sesungguhnya arak itu
bukan obat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi.
Alloohu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar